Arsenal turunkan barisan terkuat

Astro Awani
Februari 16, 2013 04:41 MYT
Arsenal bakal menurunkan barisan terkuat menjelang pertemuan dengan Blackburn Rovers malam ini.
Biarpun pertemuan liga juara-juara Eropah dengan Bayern Munich menanti pertengahan minggu depan, pengurus the Gunners, Arsene Wenger tidak memandang rendah kemampuan Blackburn.
“Kami akan berlawan dengan pasukan yang berpengalaman dan yang ada peluang untuk meneruskan permainan. Ia, kami ada nama-nama besar di dalam skuad kami,” kata beliau.
Wenger turut berharap tiada lagi kejutan melanda pasukannya selepas disingkirkan Bradford dalam saingan Piala Capital One sebelum ini.
Kali terakhir Arsenal memenangi kejohanan ini adalah pada 2005.
#Arsenal #Arsene Wenger