Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford

Astro Arena
Julai 5, 2024 11:50 MYT
Reaksi David Raya selepas Kai Havertz menjaringkan gol pertama pasukan ketika perlawanan UCL Kumpulan B antara Arsenal dan RC Lens di Stadium Emirates, London, Britain, 29 Nov 2023. - REUTERS
DAVID Raya sah menyertai Arsenal secara tetap selepas menghabiskan musim yang berjaya secara pinjaman daripada Brentford pada 2023-24.
Raya menyertai The Gunners menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim tahun lalu dengan nilai pinjaman sebanyak £3 juta (RM18j) sebelum kelab Liga Perdana Inggeris itu bersetuju dengan pilihan £27j (RM162.3j) untuk menawarkannya kontrak tetap.
Dia mengetepikan Aaron Ramsdale dalam perebutan kesebelasan utama dan membina reputasinya apabila 16 kali tidak dibolosi sebarang gol ketika anak buah Mikel Arteta itu menamatkan saingan sebagai naib juara selain memenangi anugerah Sarung Tangan Emas.
Pemain Everton, Jordan Pickford, merupakan satu-satunya penjaga gol lain yang memastikan rekod tanpa bolos sebanyak 10 gol sepanjang kempen lalu.
#Arsenal #Liga Perdana Inggeris #David Raya #kontrak
;