Arsenal tandatangani pertahanan kiri baru daripada Benfica
Astro Arena
Julai 11, 2021 08:26 MYT
Julai 11, 2021 08:26 MYT
ARSENAL melengkapkan perpindahan pertahanan baru, Nuno Tavares, daripada Benfica.
The Gunners mengesahkan semalam bahawa Tavares telah menyertai mereka dengan kontrak jangka panjang menerusi satu perpindahan yang dilaporkan bernilai melebihi €8 juta (RM39.82 juta).
Pertahanan kiri itu melakukan 25 penampilan liga buat Benfica, di mana 17 daripadanya sebagai kesebelasan utama, dan kerap mencuri sebagai pemain yang creatif.
Tavares telah mencipta 23 peluang dalam liga utama Portugis, Primeira Liga, selain mendaftarkan empat bantuan jaringan.
Dia akan menyertai pasukan Arsenal selepas menamatkan tempoh pengasingannya di United Kingdom.
"Apabila saya menamatkan musim ini, ejen memberitahu saya bahawa Arsenal berminat untuk menadapatkan saya," kata Tavares dalam laman web rasmi pasukan barunya.
"Secara sekelip mata, saya amat gembira dan mula mengimpikan mengenainya, dan berbincang mengenainya dengan ibu saya. Saya amat teruja untuk berada di sana dan hari ini, saya sudah berada di sini dan amat gembira.
"Saya amat teruja kerana ia kelab yang besar dan buat pemain muda seperti saya, ia satu kebanggaan untuk berada di sini.
"(Pengurus) Mikel Arteta dan (pengarah teknikal) Edu banyak membantu saya.
"Mereka meghubungi saya setiap hari dan saya rasa seperti mereka mahukan saya di sini.
"Saya menggemarinya kerana saya memerlukan kekuatan ini dan saya amat bersyukur untuk perkara ini," katanya.