Arsenal pesta gol tanpa kehadiran Aubameyang
Astro Arena
Disember 12, 2021 08:55 MYT
Disember 12, 2021 08:55 MYT
ARSENAL mencatat kemenangan 3-0 di tempat sendiri ke atas Southampton dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris semalam.
Mikel Arteta mengetepikan Pierre-Emerick Aubameyang daripada skuadnya pada hari Sabtu kerana 'pelanggaran disiplin', tetapi Alexandre Lacazette bangkit untuk membuka jaringan sebelum Martin Odegaard menambah gol kedua pada separuh masa pertama.
Gabriel meledak gol ketiga selepas perlawanan bersambung sebelum pemain kelahiran Brazil itu and Bukayo Saka masing-masing dinafikan palang gol, dengan Southampton gagal mengakhiri kemarau 27 perlawanan tanpa kemenangan ketika bertandang ke Arsenal.
Saints kini tanpa lima kemenangan dan hanya enam mata di atas zon penyingkiran, tetapi kemenangan Arsenal meletakkan mereka satu mata di belakang penghuni tangga keempat, West Ham.