Arsenal, Man City lonjak kedudukan EPL

Haider Yutim
Oktober 28, 2012 12:57 MYT
Arsenal berjaya menaiki carta Liga Perdana Inggeris pada perlawanan malam semalam setelah berada di tempat kesembilan minggu lepas.
Gol pemain tengah, Mikel Arteta pada minit ke-84 memperoleh mata yang diperlukan untuk pasukan Arsene Wenger menentang Queens Park Rangers.
Serangan Arteta memberikan kemenangan tipis kepada pasukan The Gunners 1-0.
Empat minit sebelumnya, pemain pertahanan QPR Stephane M'Bia telah dilayangkan kad merah kerana menyepak pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen.
M’bia telah diarah keluar padang justeru memberi kelebihan untuk Arsenal apabila jumlah pemain QPR dikurangkan kepada 10 orang.
Penyandang Juara Manchester City juga mendapat kemenangan yang sama iaitu 1-0 ke atas Swansea dengan sepakan rendah penyerang Carlos Tevez pada minit ke-61.
Sepakan berjaya menewaskan penjaga gol Swansea, Michel Vorm.
Kemenangan itu mengangkat mereka ke tempat kedua dengan satu mata di belakang pasukan teratas Chelsea.
Sementara itu, Wigan Athletic menerima kemenangan pertama di tempat sendiri selepas menewaskan West Ham United 2-1 dengan gol Ivan Ramis pada minit ke-8 dan James McArthur pada minit ke-47.
West Ham pula menjaringkan gol mereka pada minit ke-93 menerusi James Tomkins.
Juga dalam perlawanan malam tadi, dua perlawanan terikat dengan keputusan seri iaitu Reading melawan Fulhan dengan keputusan 3-3, manakala Stoke City terikat kepada Sunderland tanpa sebarang gol.
#Arsenal #Barclays #EPL #Fulham #Manchester City #QPR #reading #Stoke City #Sunderland #Swansea
;