Arsenal kena bedil di Goodison Park

Sinar Harian
Disember 7, 2021 08:58 MYT
Demarai Gray (kanan) menerima ucapan tahniah dari rakan sepasukan Seamus Coleman selepas menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan EPL antara Everton dan Arsenal at Goodison Park in Liverpool, England, 6 Dis 2021. (Foto AP)
EVERTON meredakan tekanan ke atas pengurus Rafa Benitez selepas The Toffees meraih kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park.
Bagaimanapun skuad Benitez terlebih dulu ketinggalan pada babak pertama hasil jaringan Martin Odegaard pada penghujung masa kecederaan.
Penyerang Brazil Richarlison yang sebelum itu dua jaringan dibatalkan akibat ofsaid meledak gol penyamaan pada minit ke-79 sekali gus mengubah tempo kedua-dua pasukan.
Demarai Gray akhirnya menterjemahkan kemenangan kelima liga Everton dalam sembilan perlawanan terakhir apabila meledak jaringan masa kecederaan minit ke-92.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal kekal di kedudukan ketujuh dengan 23 mata daripada 15 perlawanan, empat mata di luar kelompok empat teratas, manakala Everton, yang mengumumkan pemergian pengarah kelab itu, Marcel Brands naik ke tangga ke-12 dengan 18 mata.

10 - Everton have won 10 points from losing positions in the Premier League this season, more than any other side in 2021-22. This makes up 56% of their overall total (10/18). Resilience. pic.twitter.com/MGEM4srGPR

— OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Artikel asal di Sinar Harian
#EPL #Arsenal #Everton
;