Arsenal bayar gaji RM100 juta setahun kepada Havertz

Sinar Harian
Julai 2, 2023 11:45 MYT
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menganggap Havertz sebagai pemain penting untuk The Gunners musim depan berdasarkan kualiti yang ditunjukkan bersama Chelsea.- Foto AP
PEMAIN baharu Arsenal, Kai Havertz menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi di kelab London itu.
Pemain antarabangsa Jerman itu memuktamadkan perpindahannya dari Chelsea pada bulan ini dengan nilai 65 juta pound (RM385 juta).
Media Jerman melaporkan bekas bintang Bayer Leverkusen itu akan memperoleh kira-kira 17 juta pound (RM100 juta) setahun daripada The Gunners.
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menganggap Havertz sebagai pemain penting untuk The Gunners musim depan berdasarkan kualiti yang ditunjukkan bersama Chelsea.
"Havertz adalah pemain berkualiti tinggi. Dia serba boleh dan akan menambah kekuatan dan variasi di bahagian tengah kami.
"Kami menyambut Havertz dan keluarganya ke Arsenal dan kami semua tidak sabar untuk mula bekerja dengannya pada pra musim," katanya.
Ia satu tindakan berani oleh Arsenal dalam melaburkan wang yang banyak untuk meningkatkan kualiti pasukan dan turut akan mengumumkan ketibaan Declan Rice yang dijangka akan memecahkan rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris. -- Sinar Harian
#Kai Havertz #perpindahan #Arsenal #Chelsea
;