ARRC: Jangan lagakan pelumba, pesan Azlan Shah buat penyokong

Astro Arena
Mac 15, 2024 12:15 MYT
Azlan Shah memberikan saranan kepada penyokong sukan permotoran negara supaya tidak melaga-lagakan mana-mana pelumba negara. - Foto Stadium Astro
PELUMBA negara, Azlan Shah Kamaruzaman, memberikan pesanan ringkas buat penyokong Malaysia menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2024 yang bakal bermula.
Pelumba TKKR Racing Team, itu memuat naik video menerusi laman sosial Facebook memberikan saranan kepada penyokong sukan permotoran negara supaya tidak melaga-lagakan mana-mana pelumba negara.
Juara sulung keseluruhan bagi kelas ASB1000 itu berkata, "Kita ni bersukan secara bersih dan aman. Tiada perasaan benci tiada masalah.
"Dalam litar kita lawan, luar litar kita kawan."
"Jadi penyokong Malaysia saya meminta supaya tidak melaga-lagakan antara mana-mana pelumba negara. Kami membawa bendera yang sama dalam kejohanan ini."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Kejuaraan Motosikal Asia #pelumba negara #Azlan Shah Kamaruzaman #sukan permotoran #jangan melaga-lagakan
;