ARRC: ASB 1000 di Litar Mandalika batal, dua pelumba negara terbabit kemalangan

Astro Arena
Ogos 13, 2023 06:30 MYT
FIM Asia dalam satu kenyataan selepas itu memaklumkan bahawa ketiga-tiga pelumba berkenaan diberikan rawatan segera dan distabilkan oleh pasukan perubatan litar. - Foto Astro ARENA
PERLUMBAAN pusingan keempat ASB 1000, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Mandalika, Indonesia semalam terpaksa dibatalkan berikutan satu kemalangan ngeri yang turut melibatkan dua pelumba negara.
Memasuki pusingan ketiga perlumbaan itu, berlaku insiden yang tidak diingini di selekoh kesepuluh membabitkan pelumba Jepun, Haruki Noguchi, dengan pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, sehingga kedua-dua pelumba itu terjatuh sebelum Haruki kelihatan dilanggar Kasma Daniel Kasmayuddin.
FIM Asia dalam satu kenyataan selepas itu memaklumkan bahawa ketiga-tiga pelumba berkenaan diberikan rawatan segera dan distabilkan oleh pasukan perubatan litar dan Noguchi difahamkan telah dipindahkan ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan.
"Perkembangan mengenai situasi Haruki akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Kami mengharapkan doa dan sokongan anda agar pelumba kami dapat pulih secepat mungkin," kata kenyataan itu.
#ARRC #Litar Mandalika Indonesia #kemalangan ngeri #pelumba negara
;