Arie Irawan satu daripada bintang cemerlang PGM - Tun Ahmad Sarji
Bernama
April 8, 2019 05:18 MYT
April 8, 2019 05:18 MYT
Pengerusi Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan Allahyarham Arie Irawan Fauzi sebagai antara bintang muda cemerlang persatuan itu yang sepatutnya bakal memberi impak kepada profesional golf dunia.
Ahmad Sarji yang sedih dengan kepergian bintang golf berusia 28-tahun itu berkata, Arie pernah memenangi tiga kali pada PGM Tour.
"Beliau seorang pemain golf yang dedikated dan pendekatannya terhadap profesional golf menjadi inspirasi kepada pemain profesional muda.
"Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mencucuri rahmat ke atas rohnya dan keluarganya bersabar atas kepergiannya," beliau disebut sebagai berkata dalam kenyataan dikeluarkan oleh PGM, pada Isnin.
Arie dilaporkan mati di bilik hotelnya di Sanya, China pada Ahad.
Beliau berada di sana kerana menyertai Kejohanan Sanya, acara kedua dalam musim PGA Tour Series-China 2019.
Arie Irawan menjadi pemain profesional pada April 2013.
Pada Januari 2015, beliau meraih kemenangan pertama pada Official World Golf Ranking points event di Kejohanan Sime Darby Harvard PGM di Asian Development Tour dan dengan itu, Irawan menjadi pemain golf di kedudukan teratas di Malaysia dalam ranking dunia.
#Ahmad Sarji Abdul Hamid
#Arie Irawan Fauzi
#China
#golf
#hotel
#Kejohanan Sanya
#mati
#meninggal dunia
#Persatuan Profesional Golf Malaysia
#PGM