Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas

Bernama
Oktober 25, 2024 12:49 MYT
Pemain Argentina meraikan kejayaan Lionel Messi menjaringkan gol keenam pasukan ketika bermain menentang Bolivia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Monumental, Buenos Aires, Argentina, 15 Okt 2024. (Foto AP)
BERLIN: Juara dunia Argentina kekal di tangga teratas dalam ranking bola sepak lelaki terbaru yang dikeluarkan oleh badan induk FIFA pada Khamis, manakala Jerman semakin menghampiri untuk kembali ke kelompok 10 teratas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Argentina mendahului, namun Perancis di tempat kedua dan juara Euro 2024, Sepanyol, semakin hampir apabila mereka memenangi dua perlawanan Liga Negara-Negara, manakala Argentina hanya seri dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.
Walaupun 10 pasukan teratas kekal tidak berubah, Portugal naik satu tangga ke tempat ketujuh dan Itali naik ke tempat kesembilan, mengatasi Belanda dan Colombia.
Jerman pula naik dua tangga ke tempat ke-11 selepas dua kemenangan terbaru mereka dalam Liga Negara-Negara, selepas memulakan tahun ini di tempat ke-16.
-- BERNAMA
#Argentina #ranking bola sepak #sepanyol #Jerman
;