Argentina akan dicabar hebat Belgium

Haider Yutim
Julai 5, 2014 18:58 MYT
Argentina perlu mantapkan lagi kerjasama pasukan.
Argentina berjaya mendapat tempat di suku akhir Piala Dunia 2014 hasil dari gol masa tambahan Angel Di Maria, tetapi mereka perlu memantapkan lagi permainan pada pertemuan mereka dengan Belgium di Brasilia malam nanti.
Mereka perlu memperkuatkan lagi kerjasama pasukan kerana skuad anak buah Alejandro Sabella itu dilihat terlalu bergantung kepada penyerang mereka, Lionel Messi.
Bagaimanapun kebanyakan hantaran bola yang dibuat oleh Messi tidak dapat disempurnakan dengan baik mahupun dibaca oleh pemain-pemain Argentina yang lain.
Views: Estádio Nacional de Brasília Mané Garrincha by Google Maps
Kedua-dua pasukan sebelum ini pernah bertemu sebanyak empat kali di mana Argentina menang dalam tiga pertemuan tersebut, dan tewas satu perlawanan.
Namun, terdapat beberapa faktor yang mungkin mengurangkan peluang Agrentina untuk menang pada malam ini.
Antaranya ialah ketiadaan Marcos Rojo yang digantung perlawanan untuk sementara, serta Sergio Aguero disahkan tidak cergas.
Selain itu, serangan Messi juga gagal menghasilkan sebarang gol dalam pertemuannya dengan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois di peringkat kelab sebelum ini.
Lionel Messi (jersi No. 10) - Foto EPA
Bagi Belgium pula, ketangkasan mereka dalam perlawanan di antara dengan Amerika Syarikat pada pusingan kedua telah membuktikan mereka bukanlah calang-calang pasukan.
Pasukan itu tidak mempunyai seperti yang dihadapi Argentina serta tidak meletakkan harapan kepada hanya seorang pemain sahaja.
Oleh itu perlawanan di antara Argentina dan Belgium dijangka akan menjadi sengit dengan kemenangan mungkin berpihak kepada Argentina meskipun tipis.
Tempat: Brasilia. Waktu perlawanan: 12 malam
#2014 #Argentina #Belgium #Brasilia #Lionel Messi #Piala Dunia
;