ARC dijangka berlangsung pada bulan Mei
Bernama
Januari 21, 2022 05:45 MYT
Januari 21, 2022 05:45 MYT
KUALA LUMPUR: Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 15 Sebelah, dijangka berlangsung pada bulan Mei 2022, setelah ditunda hampir lima kali pada tahun lepas kata Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Amir Amri Mohamad.
Beliau berkata sebelum ini, kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung pada bulan Februari terpaksa ditangguh disebabkan pandemik COVID-19.
"Sepatutnya memang bulan dua tapi ditunda pada bulan lima, walaupun begitu belum ada lagi pengesahan yang betul kukuh, mungkin tarikh itu pun akan ditunda juga dan kalau ikutkan, kita akan bermain sebelum bulan Julai nanti sebab akan ada perlawanan dengan Tonga.
Setelah mengharungi saingan di peringkat Asia itu nanti, Skuad Bunga Raya 15 sebelah, bakal mengharungi tiga pusingan kelayakan untuk mendapatkan tempat ke saingan Piala Dunia di Perancis, yang bakal berlangsung bermula pada 8 Sept hingga 21 Okt 2023.
MoU pada Jumaat adalah bagi mewujudkan kerjasama dua hala dalam meningkatkan kualiti serta prestasi sukan ragbi negara, bagi membolehkan kedua pihak bekerjasama dalam penyediaan peralatan sukan bermutu tinggi dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang oleh KRM.
MoU itu turut menjadikan bola jenama Gilbert sebagai bola rasmi KRM untuk pasukan ragbi kebangsaan, kejohanan anjuran KRM dan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP).
-- BERNAMA