Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia

Amanz
Disember 12, 2024 13:20 MYT
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro. -Amanz
MENERUSI iOS 18.2 yang diberikan semalam, Apple Intelligence kini secara rasmi boleh digunakan oleh pengguna yang tinggal di Kanada, Australia, New Zealand, Ireland, U.K., dan Afrika Selatan1.

Ringkasan AI
  • Apple Intelligence kini boleh digunakan di Kanada, Australia, New Zealand, Ireland, UK, dan Afrika Selatan melalui iOS 18.2, selepas sebelum ini hanya tersedia di Amerika Syarikat.
  • Apple Intelligence masih hanya menyokong Bahasa Inggeris di enam negara tersebut, dan pengguna di negara lain perlu menukar bahasa peranti ke Bahasa Inggeris AS untuk mencubanya.
  • Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.

Sebelum ini, ia hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat (AS). Penduduk negara lain perlu menukar bahasa peranti ke Bahasa Inggeris AS untuk mencubanya.
Sungguhpun begitu, Apple Intelligence masih hanya menyokong Bahasa Inggeris di enam negara di atas.
Sistem kecerdasan buatan Apple dilancarkan secara berperingkat dan skala lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilakukan oleh Google dan Samsung.
Ini pada hemat kami membuatkan pengguna di pasaran lain tidak menikmati ciri yang setanding walaupun memiliki peranti yang sama.
Apple Intelligence boleh digunakan pada iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro1. -Amanz
#Apple Intelligence #Malaysia #kecerdasan buatan #bahasa Inggeris #iPhone
;