Apple dilapor pertimbang idea hasilkan set televisyen
Amanz
November 18, 2024 14:30 MYT
November 18, 2024 14:30 MYT
MELALUI perkongsian Bloomberg, dilaporkan pasukan Apple sedang mempertimbangkan idea untuk hadir dengan set televisyen penuh – selari dengan sasaran Apple untuk memegang pasaran peranti di ruang tamu.
Ringkasan AI
- Apple sedang mempertimbangkan untuk melancarkan set televisyen penuh pada tahun 2025, dengan integrasi Apple Intelligence, FaceTime, dan Siri.
- Jika produk ini tidak berjaya di pasaran, Apple mungkin akan menilai semula strategi mereka untuk pasaran ruang tamu.
- Apple kini menawarkan kotak set yang boleh dihubungkan ke televisyen sedia ada, sementara Samsung dan Xiaomi sudah menawarkan televisyen dengan integrasi kandungan dan perisian mereka.
Untuk tahun 2025 sendiri, Apple dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti khusus yang hadir dengan skrin kecil, serta boleh berinteraksi dengan pengguna melalui integrasi Apple Intelligence, selain menyokong FaceTime dan Siri.
Namun, sekiranya produk berkenaan tidak berjaya dan mendapatkan pegangan pasaran yang tinggi, Apple mungkin perlu menilai semula idea mereka untuk pasaran ruang tamu.
Pada hari ini, Apple sedia menawarkan sebuah kotak set khusus yang boleh dihubungkan ke kaca televisyen sedia ada, dan membolehkan pengguna menikmati sejumlah kandungan, termasuk daripada Apple TV+.
Penawaran set kaca televisyen penuh mungkin hanya menyasarkan sejumlah kecil pengguna sahaja – sekali gus mungkin membuatkan Apple tidak meneruskan idea ini.
Jikalau dilihat sebagai perbandingan, Samsung dan Xiaomi pada hari ini sedia menawarkan kaca televisyen untuk pengguna mereka di bawah jenama masing-masing, yang turut menawarkan sejumlah integrasi kandungan dan perisian mereka. -Amanz