APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Bernama
Jun 6, 2023 00:12 MYT
Jun 6, 2023 00:12 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
"Berbaki tiga hari lagi sebelum upacara penutup, saya percaya atlet kita akan terus pamer aksi cemerlang di Kemboja," katanya dalam hantaran di Twitter.
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja.
-- BERNAMA