Apek mahu Kelantan benam Johor Darul Takzim

Astro Awani
Januari 14, 2013 08:13 MYT
Pertemuan menentang Johor Darul Takzim Rabu ini disifatkan sebagai amat penting bagi Kelantan dalam mengharungi cabaran musim ini.
Buat penjaga gol the Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek beliau mengharapkan kemenangan mampu memihak kepada pasukannya.
Kelantan membuka kempen Liga M musim ini sedikit hambar apabila tewas dua daripada tiga perlawanan.
Terbaru, ia tewas mengejut kepada pasukan berstatus kelab, T-Team 1-0.
Bagi Apek, hanya kemenangan bertemu skuad Harimau Selatan mampu menjadi pengubat duka kepada pasukannya.
Apek ditemui selepas majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, Damansara, pada Ahad.
Mendirikan rumah tangga pada 28 Disember tahun lepas, majlis kali ini dimeriahkan dengan kehadiran beberapa tetamu VIP.
Antaranya, presiden Persatuan Bola Sepak negeri Kelantan KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Turut hadir, pemain dan jurulatih skuad kebangsaan serta beberapa selebriti terkenal tanahair antara Datuk Siti Nurhaliza.
#Apek #Johor Darul Takzim #Kelantan #liga m
;