Apa yang anda perlu tahu mengenai play-off Piala Dunia

Ian Johan Ariff
November 8, 2017 07:15 MYT
Jerman menjulang Piala Dunia pada 2014 di Brazil selepas menewaskan Argentina 1-0 di final. Gambar fail/AP.
MINGGU ini akan bermula play-off atau perlawanan semula bagi menentukan pasukan mana yang layak ke Piala Dunia Rusia 2018.
Play-off zon Eropah melibatkan lapan pasukan terbaik yang menduduki tangga kedua dalam peringkat kumpulan iaitu Switzerland, Itali, Denmark, Croatia, Sweden, Ireland Utara, Greece dan Ireland.
Berikut ranking kedudukan lapan pasukan terbaik yang menyaksikan Slovakia tersingkir akibat kutipan mata yang paling sedikit antara sembilan pasukan yang muncul naib juara kumpulan dalam zon Eropah.
Berikut jadual play-off bagi zon Eropah.
Pasukan yang muncul pemenang selepas perlawanan timbal balik akan layak ke Rusia 2018.
Australia bukan lagi antara pasukan terhebat di Asia apabila sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan B dalam kelayakan zon Asia dan terpaksa melalui play-off ke Piala Dunia.
Selepas mengatasi Syria dalam pusingan keempat, Australia akan menempuh kelayakan antara benua.
Skuad the socceroos akan bertemu Honduras yang menduduki tangga keempat dari zon CONCACAF (Zon Amerika Utara, Tengah dan Caribbean).
Sementara dalam satu lagi play-off antara benua, Peru yang menduduki tangga kelima CONMEBOL (zon Amerika Selatan) akan bertemu juara OFC (Oceania).
Kelayakan peringkat kumpulan zon Afrika masih lagi berlangsung namun Tunisia, Nigeria, Maghribi, Senegal dan Mesir sudahpun mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia.
#Afrika #Amerika Selatan #Amerika Utara #bola sepak #Caribean #CONCACAF #CONMEBOL #Croatia #Denmark #eropah #Ireland #Ireland Utara #kelayakan #Maghribi #Mesir #Nigeria #Oceania #OFC #Piala Dunia #play-off #Rusia 2018 #Senegal #Slovakia #Tunisia
;