'Apa tunggu lagi?' - Alisson dedah mesej dihantar Salah
Astro Arena
Julai 20, 2018 09:04 MYT
Julai 20, 2018 09:04 MYT
Penjaga gawang baru yang ditandatangi Liverpool, Alisson, mendedahkan bekas rakan sepasukan di AS Roma, Mohamed Salah, menghantar teks yang mendorongnya untuk melengkapkan perpindahan ke Anfield.
Ketibaan Alisson di Merseyside disahkan malam tadi menerusi rekod perpindahan penjaga gol di dunia yang boleh meningkat kepada 65 juta pound (RM343.8j).
Pemain berusia 25 tahun itu berkongsi bilik persalinan dengan Salah di Stadio Olimpico semasa kempen 2017 sebelum pemain antarabangsa Mesir berkenaan berlepas ke Liverpool, di mana dia muncul bintang utama musim lalu.
Sehubungan itu, Alisson mengatakan Salah telah menghubunginya sebaik spekulasi perpindahan itu tercetus.
"Kami jarang berhubung selepas dia meninggalkan Roma," kata Alisson kepada laman sesawang rasmi Liverpool. "Kami bertemu semula dalam perlawanan ketika bertemu dalam Liga Juara-Juara (UCL) pada April.
"Semalam, dia menghantar mesej kepada saya: 'Hei, apa yang anda tunggu lagi?' Ketika rundingan sedang rancak, saya segera menjawabnya dengan berkata: 'Tenang, saya sedang dalam perjalanan!'
"Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk beraksi di sampingnya. Selain menjadi pemain yang hebat, dia memiliki karakter yang hebat dan merupakan orang yang hebat - itu yang paling penting.
"Untuk bersama dengan orang dan pemain yang hebat setiap hari adalah menarik buat saya."