Apa penyokong Arsenal mahu?

Ian Johan Ariff
Julai 15, 2019 17:14 MYT
Arsenal menamatkan musim lalu di tangga kelima Liga Perdana Inggeris, 28 mata di belakang juara, Manchester City. - Foto AP/fail.
PENYOKONG Arsenal bergabung untuk mengecam pemilik kelab itu, Stan Kroenke dengan melancarkan kempen #wecaredoyou.
Mereka mengeluarkan sebuah kenyataan bersama dengan harapan hartawan Amerika Syarikat itu mengambil tindakan yang lebih konstruktif terhadap pembangunan kelab London itu.
Adakah kempen seperti ini akan memberi impak kepada pengurusan di Stadium Emirates itu?
Berikut antara kandungan kenyataan bersama yang dikeluarkan penyokong-penyokong Arsenal yang sudah bosan corak dengan pengurusan kelab itu.
1. Stan Kroenke perlu menghidupkan semula kelab bola sepak.
2. Perubahan perlu dibuat untuk mengukuhkan ahli lembaga pengarah dan eksekutif bola sepak dengan mengembalikan peranan penyokong.
3. Arsenal digunakan untuk pelaburan dan keuntungan sahaja, bukan untuk menang kejuaraan.
4. Kroenke Sports Enterprises (KSE) yang dimiliki Kroenke perlu lebih proaktif dan ada strategi yang lebih baik dalam menguruskan pembelian pemain serta pembayaran gaji yang lebih teratur.
5. Jika KSE betul-betul peduli dengan Arsenal, mereka tidak akan membiarkan suasana di stadium terus suram dengan banyak tempat duduk yang kosong.
6. Membantah penubuhan Liga Super Eropah yang hanya memanfaatkan kelab elit di Eropah sahaja.
Kenyataan bersama tersebut ditandatangani lebih 15 kelab penyokong Arsenal yang berpengaruh.
Anda setuju dengan kenyataan mereka?
Kongsikan pandangan anda di bawah dan juga platform media sosial kami.
#Arsenal #Kroenke Sports Enterprises #KSE #Stadium Emirates #Stan Kroenke
;