Apa Man United dapat dengan pemain bernilai RM370 juta, Rasmus Hojlund?

Astro Arena
Ogos 1, 2023 16:50 MYT
"Dia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Haaland. Dia sangat pantas," kata Gasperini.
RASMUS HOJLUND berada di ambang untuk menyertai Manchester United dari Atalanta.
Kedua-dua kelab telah bersetuju dengan perjanjian pada dasarnya bernilai 64 juta pound untuk penyerang Denmark yang dinilai tinggi itu.
Pemain Denmark berusia 20 tahun itu memulakan kerjayanya di FC Copenhagen sebelum berpindah ke pasukan Austria, Sturm Graz pada Januari tahun lalu. 12 golnya dalam 21 perlawanan mendorong Atalanta menandatanganinya pada Ogos dan dia menjaringkan sembilan gol dalam Serie A musim lalu. Dia juga telah menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan untuk Denmark.
Berdiri dengan ketinggian lebih 6 kaki, Hojlund cukup klinikal dalam kotak penalti dengan kaki kiri serta memiliki kelajuan ketika melakukan larian. Pengendali Atalanta, Gian Piero Gasperini, berkata penyerang itu boleh berlari 100 meter dalam masa bawah 11 saat. Pengurus United, Erik ten Hag jelas melihat potensi dalam diri pemain muda itu.
Gasperini berpendapat begitu. Dia berkata baru-baru ini, “Dia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Haaland. Dia sangat pantas.
“Memandangkan ketinggiannya, dia mempunyai pusat graviti yang rendah dan boleh menggerakkan kakinya dengan sangat pantas. Saya yakin dia akan mempunyai kerjaya yang hebat, dia semakin kuat setiap hari.” -- Stadium Astro
#Rasmus Hojlund #penyerang Denmark #Manchester United #Atalanta
;