Anugerah SAM-100Plus berlangsung hari ini
Astro Awani
Februari 19, 2013 08:58 MYT
Februari 19, 2013 08:58 MYT
Majlis anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia 100 Plus 2012 (SAM) bakal berlangsung pada hari ini.
Yang menjadi tumpuan utama pastinya anugerah atlet terbaik yang mempamer aksi memberangsangkan sepanjang tahun lalu.
Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun Pandelela Rinong antara atlet yang akan bersaing untuk anugerah berkenaan.
Kelainan turut ditampilkan kali ini dengan SAM mencalonkan dua atlet paralimpik Ziyad Zolkefli dan Hasihin Sanawi.
Anugerah berkenaan akan disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Sementara pemanah muda negara, Haziq Kamaruddin dinobat sebagai atlet remaja terbaik.
Anugerah “Out-Do Yourself 100 plus” pula diberi kepada pelumba motosikal negara, Zulfahmi Khairuddin.
Selain itu, kesemua ahli SAM akan turut bersaing dalam kategori anugerah media SAM KBS.
Ia mempertandingkan tujuh kategori dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah 40 ribu ringgit.