Antonio German sah pemain import baharu Selangor
Ian Johan Ariff
Januari 13, 2019 18:13 MYT
Januari 13, 2019 18:13 MYT
Selangor mengumumkan Antonio Timothy German sebagai pemain baharu pasukan itu untuk mengharungi musim 2019.
Antonio berhijrah dari Gokulam Kerala FC di India merupakan warganergara Grenada.
Pemain berusia 27 tahun kelahiran England itu diharap dapat membantu bahagian serangan skuad the Red Giants dengan kelebihan fizikal dan kepantasan yang dimilikinya.
Antonio memulakan kerjayanya di Queens Park Rangers dan beraksi di England sejak 2008, selain India dan Scotland.
“Selangor adalah sebuah kelab yang sangat besar. Minat saya yang mendalam terhadap sukan bola sepak telah bawa saya ke sini.” kata Antonio menerusi kenyataan yang dikeluarkan Selangor di laman web pasukan itu.
Antonio dikatakan mempunyai pengalaman beraksi di liga yang bertaraf tinggi dengan menjaringkan lebih 20 gol.
Video menyambut kehadiran Antonio turut dimuat naik di Facebook FA Selangor.