Annuar: Saya tidak bermain wayang

Astro Awani
Januari 9, 2013 12:07 MYT
Saya tidak bermain wayang. Itulah jawapan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, terhadap dakwaan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bagi Annuar, dia kecewa dengan kenyataan Tunku Ismail terhadapnya, berhubung isu pampasan penghijrahan Norshahrul Idlan Talaha, ke Kelab Johor Darul Takzim.
Tambah Annuar, KAFA hanya menuntut haknya, kerana Norshahrul atau Matyo mahu menamatkan kontraknya sebelum saingan musim ini bermula.
Annuar turut mengesahkan menerima draf bank RM250 ribu menerusi peguam Matyo.
Namun, bayaran tersebut dibuat tanpa mendapat kepastian daripada Jawatankuasa Status Pemain FAM yang akan bersidang pada Khamis untuk menentukan jumlah pampasan.
Annuar ditemui pada majlis penyampian bonus kepada pemain yang menjuarai Piala Malaysia musim lalu pada Selasa.
#KAFA #Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan #Tan Sri Annuar Musa
;