Annuar Musa saran Menteri Besar terajui KAFA
Bernama
November 26, 2016 17:03 MYT
November 26, 2016 17:03 MYT
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob adalah layak untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kata bekas presidennya Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata menjadi kebiasaan di negeri lain, tugas presiden persatuan bola sepak digalas oleh menteri besar atau ketua menteri.
"Maka di Kelantan patut begitu juga. Ini kerana kerajaan negeri lebih mudah cari kewangan dan dana (untuk persatuan).
"Selain itu ia akan memudahkan urusan pembangunan serta pentadbiran bola sepak negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Annuar melepaskan jawatan Presiden KAFA pada 9 Nov lalu selepas menyandangnya sejak 2008.
Di bawah pentadbirannya, pasukan Kelantan pernah meraih kejuaraan Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super. - BERNAMA