Anggota keselamatan Brazil tembak pemain ketika leraikan kekecohan

Astro Arena
Julai 11, 2024 19:17 MYT
Ramon Souza terkena peluru getah ketika timbul kekecohan melibatkan pasukan Centro Oeste selepas kekalahan 1-2. - Stadium Astro
PASUKAN bola sepak Gremio Anapolis menyatakan kekesalannya terhadap keganasan seorang anggota keselamatan daripada Specialised Policing Company (CPE) yang bertindak menembak penjaga golnya dalam sebuah perlawanan peringkat negeri di Brazil.
Pemain Ramon Souza terkena peluru getah ketika timbul kekecohan melibatkan pasukan Centro Oeste selepas kekalahan 1-2 di tempat sendiri, Stadium Jonas Duarte, pagi tadi itu.
Pasukan Gremio bertekad untuk mengambil langkah yang sewajarnya supaya individu yang bertanggungjawab dihukum dan keadilan ditegakkan agar perbuatan jenayah seumpama ini tidak terlepas daripada hukuman.

| *Goleiro do meu time franga* Eu: pic.twitter.com/lvH13KkUkd

— Brasileirão da Opressão (@brasileiraoopre) July 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Souza kemudian sempat dirawat oleh doktor pasukan, Dr Diego Bento, sebelum diberikan bantuan kecemasan di dalam ambulans.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#anggota keselamatan Brazil #tembak pemain #Gremio Anapolis #Ramon Souza #peluru getah
;