Andy Murray sahkan bersara selepas Olimpik Paris

Bernama
Julai 23, 2024 19:33 MYT
Banyak pihak menjangkakan pemain berusia 37 tahun itu akan bersara selepas Sukan Olimpik kerana mahu menamatkan kariernya di puncak. - Gambar fail/Reuters
LONDON: Pemain Britain Andy Murray mengesahkan dia akan bersara selepas Sukan Olimpik 2024 dengan menyatakan temasya di Paris itu akan menjadi "kejohanan tenis terakhirnya", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Banyak pihak menjangkakan pemain berusia 37 tahun itu akan bersara selepas Sukan Olimpik kerana mahu menamatkan kariernya di puncak.
Murray baru-baru ini terlepas peluang untuk mengucapkan selamat tinggal di Wimbledon selepas menjalani prosedur kecederaan di belakangnya hanya seminggu sebelum kejohanan bermula.
Murray, juara grand slam tiga kali dan pemenang pingat emas Olimpik dua kali menerusi Instagram memaklumkan: "Tiba di Paris untuk kejohanan tenis terakhir saya @Olimpik.
"Bertanding untuk (Pasukan GB) setakat ini merupakan minggu yang paling diingati dalam karier saya dan saya amat bangga dapat melakukannya buat kali terakhir!"
-- BERNAMA
#Andy Murray #pemain tenis Britain #bersara #olimpik paris 2024
;