Andreescu sah tidak beraksi dalam Terbuka Australia
Astro Arena
Disember 7, 2021 08:32 MYT
Disember 7, 2021 08:32 MYT
BIANCA Andreescu akan terlepas Terbuka Australia 2022 untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mentalnya selepas mengalami beberapa tahun yang "sangat mencabar".
Andreescu bergelut dengan kesihatan fizikal dan mental sejak memenangi Terbuka AS dua tahun lalu.
Pemain berusia 21 tahun itu lebih berasakan tekanan tahun ini, dengan neneknya dalam rawatan rapi selepas dijangkiti COVID-19, Andreescu juga diuji positif dan menghabiskan masa yang banyak dalam pengasingan.
Bekas pemain nombor empat dunia itu telah memutuskan untuk tidak beraksi dalam grand slam pertama tahun depan kerana dia mengambil masa tambahan untuk "set semula, pulih dan berkembang", tetapi berikrar untuk kembali "lebih kuat daripada sebelumnya."