Andrea Palini juara pada peringkat kedua LTdL 2016

Astro Arena
Februari 25, 2016 10:14 MYT
Andrea Guardini pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua. - Foto Astro Arena
ANDREA PALINI dari pasukan Skydive Dubai melakar kejutan apabila menjuarai peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 hari ini.
Perlumbaan yang bermula di Sungai Petani, Kedah dan tamat di George Town, Pulau Pinang itu menyaksikan pelumba pilihan Andrea Guardini terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua.
Palini menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 jam 56m 02s.
Ketika memasuki selekoh kedua terakhir Guardini dihimpit diantara beberapa pelumba lain sekali gus menyukarkan dirinya untuk keluar dari kelompok memasuki selekoh terakhir.
Namun, Guardini kekal dengan jersi kuning dengan catatan 8 jam 11 minit 43 saat, iaitu hanya 2 saat di depan Palini.
Wakil China, Wang Meiyin kekal menjadi tumpuan hari ini apabila membolot ketiga-tiga peringkat pecutan dan dua peringkat pendakian.
Keadaan itu terus menyaksikan Meiyin kekal dengan jersi merah (Bukit), putih (Asia) dan teal (Pecut).
#Andrea palini #Le Tour de Langkawi #LTdL #pelumba Skydive Dubai