Guardini memegang rekod sebagai pelumba yang mengungguli peringkat terbanyak dalam saingan LTdL dengan 18 kemenangan.
Tahun lepas menyaksikan Guardini memenangi empat peringkat dan itu menjadi antara sasaran utamanya tahun ini.Begitupun, dia mengakui kehadiran barisan pelumba yang lebih muda dan pantas turut menjadi antara halangan utamanya di samping kelibat rakan sepasukan dari Colombia, Miguel Angel Lopez Moreno.
“Tahun ini, pasukan Astana akan bekerja lebih keras kerana kami juga ada Miguel Angel yang merebut jersi. Apapun, kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan,” kata Guardini.
Ssementara itu, pelumba One Pro Cycling, Matthew Goss tidak hadapi sebarang masalah daripada segi persiapan dengan ini merupakan penyertaan sulungnya dalam saingan LTdL.
Kkehadiran Goss juga punyai manfaat tersendiri apabila dia bakal menjadi mentor kepada beberapa pelumba pecut muda pasukannya untuk raih pengalaman.
Goss turut melihat saingan tahun ini memberi lebih peluang kepada pakar pecut mencipta kejutan.
“Ada banyak peluang untuk sprinter dan juga peluang yang agak sukar untuk mengambil nanti. Saya teruja dapat merasai pengalaman hebat ini,” kata Matthew.
Harapan sama turut disuarakan Janez Brajkovic yang wakili pasukan UnitedHealthCare.
Meskipun dia lewat tiba di Malaysia, itu tidak menjejaskan persediaannya menjelang perlumbaan peringkat pertama dari Kangar ke Baling pada Rabu.
“Saya rasa saya boleh pamer aksi di sini jadi saya akan buat yang terbaik untuk pasukan saya,” kata Janez.