Andik Vermansyah kasari pemain lawan, mohon maaf atas tindakan
Astro Arena
Oktober 21, 2024 09:00 MYT
Oktober 21, 2024 09:00 MYT
PEMAIN Persiraja Banda Aceh, Andik Vermansyah, gagal menahan emosi ketika membantu pasukannya dalam perlawanan liga divisyen dua Indonesia berdepan PSPS Pekanbaru, minggu lalu.
Dalam satu video yang tular manyaksikan dia memukul muka pemain lawan yang mendekatinya selepas melakukan terjahan keras hingga tercetushnya situasi salah faham.
Begitupun, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas perbuatannya itu dengan menjelaskan: "Kepada seluruh keluarga besar PSPS, saya mengaku salah dan tidak patut ditiru (tindakan). Saya sangat menghormati seluruh masyarakat Pekan Baru dan peminat bola sepak. Saya memohon maaf sekali lagi." katanya.
Untuk rekod, sepanjang bersama Selangor dia telah membuat 114 penampilan dengan telah menyumbangkan 16 jaringan secara keseluruhan. Malah,
Andik merupakan tonggak utama dalam membantu The Red Giants merangkul Piala Malaysia 2015 dan muncul naib juara Liga Super 2016. - Stadium Astro