'Anda amat hodoh' - Cristiano Ronaldo beritahu peminat tegarnya

Astro Arena
Mac 8, 2025 13:30 MYT
Ronaldo yang menyedari penampilan peminatnya itu memberikan teguran dengan gurauan yang mencuit hati. - Stadium Astro
CRISTANO Ronaldo bergurau dengan sorang penyokong yang meniru gayanya dengan berkata individu itu amat hodoh.
Ketika bintang Portugal itu sedang memanaskan badan bagi pertemuan Al Nassr dengan Al Shabab awal pagi tadi, dia ternampak seorang penyokong yang meniru penampilannya di tempat duduk penonton.
Dengan gaya rambut dan senyuman yang sama sambil memakai jersi nombor 7 Portugal dengan nama Ronaldo, penyokong itu kelihatan mirip dengannya.
Ronaldo turut menyedari penampilan peminatnya itu dan memberikan teguran dengan gurauan yang mencuit hati.
Berlari mendekati individu itu, Ronaldo Berkata: "Bro, anda tidak kelihatan seperti saya. Anda tidak kelihatan seperti saya.
"Anda amat hodoh," katanya sambil menguntumkan senyuman tanda gurauan.
Peminat berkenaan kemudian membalas dengan teriakan: "Anda yang terbaik!"
Dalam perlawanan itu, Al Nassr dan Al Shabab terikat 2-2, di mana Ronaldo turut menjaringkan golnya yang ke-926 sepanjang kariernya. -- Stadium Astro
#Cristiano Ronaldo #peminat hodoh #Al Nassr #gurauan
;