Anak Zidane tinggalkan Real Madrid

Agensi
Jun 30, 2017 10:38 MYT
Enzo Fernandez (kanan) sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Alaves. -Gambar fail
ANAK lelaki Jurulatih kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Zinedine Zidane, Enzo Fernández bakal meninggalkan Juara Eropah itu untuk menyertai Alaves.
Bekas pemain tengah skuad bawah 19 tahun Perancis itu yang dididik menerusi Akademi Real Madrid sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Alaves.
Alaves menamatkan kempen La Liga di tangga kesembilan, musim lalu.
Enzo sudah bermain 78 perlawanan bersama pasukan simpanan Real, Real Madrid Castilla dan menjaringkan tujuh gol.
#Alaves #Enzo #Jurulatih Kelab Gergasi Sepanyol #La Liga #Real Madrid #Real Madrid Castilla #Zinedine Zidane