Anak perempuan beri perkembangan Pele dengan gambar bergerak

Astro Arena
Disember 25, 2022 10:25 MYT
Pele bertarung dengan kanser usus sejak lebih setahun lalu dan mula dimasukkan ke hospital bulan lalu. - Gambar fail
ANAK perempuan Pele memberikan perkembangan mengenai bapanya dengan satu kiriman gambar bergerak di media sosial.
Pele, 82 tahun, bertarung dengan kanser usus sejak lebih setahun lalu dan mula dimasukkan ke hospital bulan lalu.
Mesej sokongan diterima legenda bola sepak dan juara dunia tiga kali itu dari segenap benua, termasuk daripada bintang utama Brazil ketika ini, Neymar.
Anak perempuan Pele, Kely Nascimento, memberikan perkembangan terkini mengenai kesihatan bapanya dari semasa ke semasa di hospital dan dia mengirimkan satu gambar bergerak malam tadi.
Dalam satu kiriman Instagram, dia berkata: "Kami terus berada di sini, dengan perjuangan dan dengan kepercayaan. Satu malam lagi untuk kami bersama."
Dia sebelum ini turut mengesahkan bahawa Pele akan tinggal di hospital sepanjang tempoh perayaan Krismas tahun ini.
"Kami memutuskan dengan doktor bahawa, atas banyak sebab, adalah yang terbaik untuk kami tinggal di sini, dengan semua penjagaan yang diberikan oleh keluarga baru kami di Einstein," katanya.
#Pele #kanser usus #Bintang bola sepak Brazil
;