Anak lelaki pemilik skuad bola keranjang Cavaliers meninggal dunia

Astro Awani
Mei 7, 2023 07:30 MYT
Nick juga mewakili Cavaliers dalam lima perlawanan termasuk pada tahun 2011, selepas LeBron James meninggalkan pasukan itu untuk bersama Heat. - Foto AP
NEW YORK: Anak lelaki pemilik skuad bola keranjang Cavaliers, Dan Gilbert, Nick dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun, pada Sabtu.
Memetik New York Post, Nick yang merupakan wakil skuad Cavaliers dalam beberapa acara tahunan persatuan bola keranjang kebangsaan NBA Draft juga digelar sebagai ‘pembawa tuah’.
Mendiang meninggal dunia selepas berdepan dengan penyakit genetik Neurofibromatosis.
Neurofibromatosis merupakan penyakit saraf genetik yang jarang berlaku dan menyebabkan ketumbuhan pada tisu saraf.
Menurut Persatuan Pakar Bedah Saraf Amerika, buat masa ini tiada ubat diketahui dapat mengubati penyakit ini.
Nick juga mewakili Cavaliers dalam lima perlawanan termasuk pada tahun 2011, selepas LeBron James meninggalkan pasukan itu untuk bersama Heat.
Cavaliers menamatkan musim perlawanan dengan rekod 19-63 dan mempunyai dua pilihan dalam perlawanan.
Terdahulu, Nick menyarungkan pakaian dengan lambang kupu-kupu semasa perlawanan pada tahun 2011 sebagai simbol usaha mengumpul wang dan meningkatkan kesedaran tentang Neurofibromatosis.
#New York #Caveliers #Dan Gilbert #Nick #meninggal dunia
;