Anak kedua pemain JDT, Nazmi Faiz meninggal dunia
Sinar Harian
Januari 19, 2025 15:00 MYT
Januari 19, 2025 15:00 MYT
ANAK kedua kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor meninggal dunia pada Sabtu.
Perkhabaran duka itu dikongsikan Nazmi Faiz dalam InstaStory akaun Instagram miliknya memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.
"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un...10.55 pagi, baby Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.
"Mohon sedekah Al-Fatihah buat puteri kami Maira Maliyqa," tulisnya di InstaStory.
Bagaimanapun, pemain kebangsaan Harimau Malaya itu tidak menyatakan sebab puteri keduanya itu meninggal dunia. -- Sinar Harian