Amsyar korban raya demi negara

Astro Arena
Jun 24, 2017 17:52 MYT
Amsyar bakal menyertai Kejohanan Dunia ke-17 di Budapest, Hungary pada 14 hingga 30 Julai ini sebelum berkampung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sehingga bermulanya temasya Sukan SEA. - Gambar fail
ATLET terjun, Ahmad Amsyar Azman, sudah empat tahun tidak merasai suasana berhari raya di kampung halamannya di Perlis kerana terikat dengan jadual latihan yang begitu padat sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA pada Ogos.
Amsyar sepatutnya kini sudah terbang ke China bersama rakan yang lain namun masalah visa menyebabkannya serta Cheong Jun Hoong terkandas di Malaysia.
Situasi itu membolehkan atlet berusia 24 tahun itu merasai nikmat meraikan hari raya bersama keluarga walaupun tidak sempat untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis.
“Saya dah terbiasa dengan situasi begini tetapi syukur keluarga akan datang ke sini (Kuala Lumpur) untuk menjengah saya,” kata Amsyar.
Amsyar bakal menyertai Kejohanan Dunia ke-17 di Budapest, Hungary pada 14 hingga 30 Julai ini sebelum berkampung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sehingga bermulanya temasya Sukan SEA.
“Papan di situ (Pusat Akuatik Nasional) agak baru jadi mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran tetapi ia hanya akan mengambil masa kira-kira dua hari dan semuanya akan berjalan lancar,” katanya.
#Ahmad Amsyar Azman #atlet #China #hari raya #penerjun #Sukan SEA #Visa
;