Amsyar gemuruh menunggu keputusan FINA
Astro Arena
Februari 28, 2016 18:45 MYT
Februari 28, 2016 18:45 MYT
PENRJUN negara, Ahmad Amsyar Azman berdebar menantikan pengumuman rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), 8 Mac depan sama ada layak ke Olimpik Rio 2016.
Dia berada dalam kelompok menunggu selepas tamat kejohanan Piala Dunia di Rio, Brazil.
Peluang Amsyar ke Rio cukup luas berdasarkan kiraan semula keputusan Piala Dunia yang tamat Khamis lalu.
Ia susulan tujuh penerjun sudah menempah tiket awal sebelum acara 3 meter individu papan anjal bermula sekali gus menyaksikan kuota yang perlu diisi ialah hingga 25 orang.
Amsyar menamatkan cabaran di tangga ke-24 dan berpeluang cerah membuat penampilan sulung Olimpik.
Skuad negara tiba ke tanah air dengan tumpuan terarah kepada Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee yang mengalami nasib berbeza.
Jun Hoong layak dalam tiga acara sementara Mun Yee perlu meyakinkan ketua jurulatih, Yang Zhuliang untuk membuat penampilan kelima Olimpik.
Ini kerana enam tiket diraih skuad terjun ialah kuota negara dan Zhuliang berhak menentukan penerjun mana yang akan beraksi di Olimpik.