Amri yakin kemampuan Rajagobal
Astro Awani
Januari 29, 2013 09:57 MYT
Januari 29, 2013 09:57 MYT
Meskipun dihimpit dengan masalah kecederaan pemain, Amri Yahyah yakin pengendalinya, Datuk K. Rajagobal mampu membentuk skuad mantap bagi menghadapi aksi awal kelayakan Piala Asia, 2015.
Jelas Amri, pemain sedia ada hanya perlu beri komitmen dan kerjasama tinggi agar segala perancangan jurulatih berjalan sempurna.
Amri juga berikrar untuk mempamer aksi terpuji sepertimana penampilannya bersama skuad gergasi merah, Selangor.
Pemain berusia 32 tahun itu mendapat panggilan Rajagobal bagi menggantikan pemain yang cedera.
Ia juga kerana faktor prestasi semasa yang cemerlang bersama Selangor di awal musim ini.
Apa pun, penyenaraian Amri dilihat satu tindakan tepat oleh Rajagobal.
Ia kerana idea dan keberanian anak kelahiran Tanjung Karang itu mampu membantu Harimau Malaya pada kempen kali ini.
Malaysia akan berdepan Qatar untuk aksi pertama, 6 Februari depan.