Amirulhadi yakin kekang Kelantan di bahagian tengah malam ini

Astro Awani
November 3, 2013 14:20 MYT
“Kami mempunyai kekuatan seimbang menangani Kelantan di bahagian tengah”
Itulah nada keyakinan yang dilontarkan pemain tengah Pahang, Amirulhadi Zainal menjelang aksi final Piala Malaysia malam nanti..
Bagi Amirulhadi meskipun bahagian tengah Kelantan tampak ampuh dengan Badri Radzi selaku pengemudi, reputasi lawan tidak menggentarkannya. Ini adalah penampilan kedua Amirulhadi di pentas akhir.
Pada 2008 dia pernah membarisi skuad Selangor di final tetapi dikecewakan Kedah pada musim itu. Kini Amirulhadi berasa lebih yakin menghadapi bahang perlawanan akhir.
Sebelum ke Pahang musim ini Amirulhadi lebih kerap beraksi di bahagian sayap kanan. Namun pemain yang membarisi skuad kebangsaan di Piala Suzuki AFF 2010 ini tampak lebih efektif sebagai pemain tengah.
Amirul muncul antara pemain paling konsisten musim ini selain Azamuddin Akil dan Mathias Conti.
#Amirulhadi Zainal #badri radzi #Piala Suzuki AFF 2010
;