Amerika dijangka akan serang Belgium habis-habisan

Haider Yutim
Julai 1, 2014 20:53 MYT
Perlawanan Belgium menentang Amerika Syarikat
Perlawanan di antara Belgium dan Amerika Syarikat pagi nanti bakal menyaksikan pasukan Amerika lebih agresif di bahagian serangan berbanding Belgium.
Meskipun Belgium dikatakan mempunyai benteng pertahanan yang agak kukuh, namun pasukan itu dilihat masih lemah di bahagian serangan.
Setakat ini persembahan pasukan anak buah Marc Wilmots itu masih kurang meyakinkan serta masih jauh dari potensi sebenar mereka, dan ini berbeza dengan Amerika yang diletakkan dalam Kumpulan G yang terdiri dari pasukan yang hebat dan taktikal.
Namun, mereka masih mempunyai harapan dengan adanya pemain tengah mereka, iaitu Eden Hazard yang dilihat mampu mengatur strategi bagi menggoyangkan pihak lawan.
Bagi Amerika pula, pasukan itu dilihat banyak dipengaruhi oleh cara jurulatih mereka, Jurgen Klinsmann. Ini dibuktikan melalui perlawanan mereka di peringkat kumpuulan di mana mereka telah mempamerkan corak persembahan yang baik meskipun hanya menang satu perlawanan.
Klinsmann dalam satu kenyataan selepas pasukannya tewas kepada Germany berkata, pasukannya akan memberi tumpuan kepada bahagian serangan supaya mereka memperoleh lebih peluang untuk menang.
Selain itu, penyerang mereka, Jozy Altidore yang mengalami kecederaan semasa perlawanan dengan Ghana, dilaporkan kembali sembuh selepas dikecualikan dari bermain semasa pasukan itu menentang Portugal dan Jerman.
Tempat: Salvador. Waktu perlawanan: 4 pagi
Pasukan manakah yang anda rasa boleh menang di dalm perlawanan antara Amerika Syarikat dan Belgium? Sertai undian kami:
#2014 #Amerika Syarikat #Belgium #Jurgen Klinsmann #Piala Dunia
;