Amelia-Soong raih kejuaraan acara beregu badminton wanita GP Emas Terbuka India

Astro Awani
Januari 26, 2015 10:55 MYT
Amelia (kanan) memeluk rakan beregunya, Soong di GP Emas Terbuka yang berlangsung di India. - Gambar Fail
Skuad badminton negara meraih kejuaraan sulung musim 2015 di GP Emas Terbuka India menerusi beregu wanita namun berlaku kejutan apabila pasangan utama dan pilihan kejuaraan Vivian Hoo dan dan Woon Khe Wei tewas di tangan rakan senegara Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fei Choo.
Dalam pertembungan yang menampilkan dua finalis daripada Malaysia, gelaran beregu wanita di GP emas ini pasti milik Malaysia.
Namun tiada siapa menyangka kemenangan akan berpihak kepada pasangan nombor dua Malaysia Amelia dan gandingannya Fei Cho.
Berdasarkan aksi mereka di masters malaysia kuching sarawak minggu lalu prestasi semasa Amelia dan Fei Cho sebenarnya lebih baik berbanding Vivian dan Khe Wei.
Amelia dan Fei Cho tersingkir di suku akhir sementara Vivian dan Khe Wei dikejutkan pasangan Jepun di pusingan kedua.
Pentas final di Lucknow, India ini juga tiada bezanya apabila Vivian dan Khe Wei sering melakukan kesilapan mudah untuk memberikan kelebihan kepada Amelia dan Fei Cho.
Malah kemenangan set pertama 22-20 gandingan kelahiran sabah itu memberikan suntikan semangat buat mereka untuk menidakkan Vivian dan Khe Wei.
Jurang empat mata pada kedudukan 11-8 sudah memadai beri petanda bahawa kemenangan 'straight' sets bakal jadi milik Amelia-Fei Cho.
Selepas 50 minit bertarung gelaran sah milik Amelia dan Fei Cho dengan kemenangan 21-15 di set kedua sekaligus menyaksikan status pasangan nombor satu Malaysia milik Vivian dan Khe Wei mula digugat.
#2015 GP Emas Terbuka Terbuka #Amelia Alicia Anscelly #India #skuad badminton #soong fei choo #vivian khoo #Woon Khe Wei
;