AMD siasat dakwaan data syarikat dijual penggodam

Amanz
Jun 19, 2024 12:00 MYT
Pada ketika ini, AMD sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mencari sumber di mana data dicuri sekiranya ia adalah sah milik mereka.
AMD sedang melakukan siasatan untuk mengesahkan dakwaan data syarikat telah berjaya dicuri dan kini dijual oleh penggodam.
Semalam, data yang didakwa dicuri dari AMD muncul di laman BreachForum dengan ia dijual kepada sesiapa yang berminat.
Antara maklumat yang didakwa berjaya dicuri ialah maklumat produk yang sedang dibangunkan, pangkalan data kakitangan dan juga pangkalan data pelanggan.
Pada ketika ini, AMD sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mencari sumber di mana data dicuri sekiranya ia adalah sah milik mereka.
Laman BreachForum kembali menjadi pusat data yang dicuri didagangkan walaupun beberapa kali disita oleh pihak berkuasa seperti FBI dan DOJ.
Pengendali asal laman telah dihukum tetapi kini ia beroperasi di bawah kawalan kumpulan penggodam baharu. -Amanz
#AMD #pangkalan data digodam #data syarikat dicuri #penggodam
;