Alves digantung tiga perlawanan
Astro Arena
Januari 26, 2018 08:58 MYT
Januari 26, 2018 08:58 MYT
PARIS Saint-Germain (PSG) kehilangan khidmat Dani Alves untuk tiga perlawanan selepas bek kanan itu digantung susulan perbalahan dengan pengadil.
Semasa tewas 2-1 kepada seteru Ligue 1, Lyon, Alves diarahkan keluar padang kerana menjerit ke arah pengadil, Clement Turpin, berikutan dituduh menjatuhkan Tanguy Ndombele.
Sentuhan berbisa Memphis Depay memastikan tiga mata buat Lyon, sekali gus menyekat penguasaan PSG di puncak dengan lapan mata manakala Kylian Mbappe tercedera setelah penjaga gol, Anthony Lopes.
Semalam, Jawatankuasa Disiplin Ligue de Football Professionnel mengesahkan Alves akan dikenakan penggantungan empat perlawanan.
PSG perlu menghadapi Montpellier esok tanpa pertahanan kanan pilihan utama mereka itu, dengan Thomas Meunier berkemungkinan akan mengisi kekosongan itu.
Khidmat Alves juga perlu dilupakan dalam aksi separuh akhir Coupe de la Ligue, menentang Rennes, Selasa depan selain kunjungan ke Lille pada 3 Februari.
Sementara itu, PSG akan berkunjung ke pasukan divisyen kedua, Sochaux, selepas undian pusingan 16 Coupe de France.
#bola sepak
#Clement Turpin
#Coupe de la Ligue
#dani alves
#gantung
#Jawatankuasa Disiplin
#Lyon
#Montpellier
#Paris Saint-Germain
#pengadil
#perbalahan
#PSG
#Tanguy Ndombele