Allegri optimis Juventus akan bangkit
Astro Arena
Ogos 29, 2021 08:56 MYT
Ogos 29, 2021 08:56 MYT
MASSIMILIANO Allegri menegaskan Juventus akan bertambah baik selepas meratapi kekalahan 1-0 kepada Empoli semalam menjadikan mereka gagal merekodkan kemenangan dalam Serie A selepas dua perlawanan.
Jaringan Leonardo Mancuso terbukti memastikan kemenangan di Turin ketika Juve kehilangan Cristiano Ronaldo, selepas pemain itu hampir dan bersetuju menyertai Manchester United.
Gol yang dihasilkan dalam separuh masa pertama pemain Empoli itu menyaksikan Juve kekal tanpa kemenangan dalam dua perlawanan pertama -- ia merupakan kali ketiga mereka melakukannya dalam 52 musim saingan Serie A -- berikutan seri 2-2 dengan Udinese minggu lalu.
Ia menjadi perlawanan yang dingati buat Empoli, yang meraih kemenangan pertama di tempat lawan di Juve selepas 11 kekalahan dan satu seri.
Dan di sebalik permulaan perlahan untuk kempen 2021-22, Allegri tetap optimis.
"Pasukan telah bermula dengan baik, setelah dibolosi, kami gagal bermain dengan baik dan setiap perancangan kurang berhasil," kata Allegri kepada DAZN.
"Bertemu Empoli, perlu lebih sabar, bermain sebagai satu pasukan dan bukan secara individu.
"Bukan mudah, kami mempunyai satu mata selepas dua perlawanan, tetapi kami mempunyai banyak masa untuk terus meningkat.
"Ini adalah saat yang sukar, kami perlu berkembang. Terlalu banyak pemain yang melakukan perkara yang salah dan biasanya tidak salah."