All England: Zii Jia tewaskan Momota, mara ke separuh akhir

Astro Awani
Mac 18, 2022 02:34 MYT
Juara bertahan, Lee Zii Jia meneruskan prestasi cemerlangnya di kejuaraan All England selepas menewaskan cabaran dari Jepun, Kento Momota. - Gambar fail
JUARA bertahan, Lee Zii Jia meneruskan prestasi cemerlangnya di kejuaraan All England selepas menewaskan cabaran dari Jepun, Kento Momota.
Aksi suku akhir yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara itu menewaskan Momota, yang merupakan pemain nombor dua dunia menerusi rubber set, 21-7, 13-21, 21-11.
Zii Jia berjaya melangkah ke suku akhir selepas menyingkirkan pemain Kanada Brian Yang dengan 26-24, 21-11 pada pusingan kedua.
Dalam acara separuh akhir pada Sabtu (19 Mac) nanti, Zii Jia akan berdepan saingan dari India, Lakshya Sen.
#Lee Zii Jia #all england #badminton #Kento Momota #Separuh Akhir
;