All England: Wei Chong-Kai Wun kandas di pusingan pertama
Bernama
Mac 14, 2024 10:50 MYT
Mac 14, 2024 10:50 MYT
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama di Kejohanan All England 2024 di Birmingham pada Rabu.
Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito dalam kejohanan badminton tertua di dunia yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.
Koga-Saito bakal berdepan juara bertahan dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada pusingan kedua.
Beregu pilihan ketujuh kejohanan itu mudah menempatkan diri ke pusingan kedua selepas mengatasi pasangan kembar dari Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, 21-13, 21-9.
-- BERNAMA