Alejandro Medina sah ganti Hafizh Syahrin di GP Styria

Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 20, 2020 14:17 MYT
Hafizh Syahrin masih belum pulih sepenuhnya. - Gambar Fail
Alejandro Medina disahkan akan menggantikan pelumba negara bagi kelas Moto2 Hafizh Syahrin dalam saingan MotoGP Styria hujung minggu ini.
Perkara itu diumumkan oleh pasukan Openbank Aspar Team di laman web rasmi mereka yang turut mengesahkan bahawa Hafizh masih belum cergas sepenuhnya untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan seterusnya.
"Hafizh Syahrin disahkan kurang cergas untuk perlumbaan GP Styria dan dia akan cuba kembali berlumba semula pada GP San Marino (13 September)," kata kenyataan pasukan pelumba berusia 26 tahun itu.
BACA: Hafizh Syahrin terbabit kemalangan di GP Austria, disahkan stabil
BACA: 'Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin
BACA: "Alhamdulillah, Hafizh okay" - Isteri
Hafizh sebelum ini terbabit dengan kemalangan ngeri pada Ahad lalu selepas dia merempuh jentera Enea Bastianini yang menyebabkan jentera Hafizh berkecai di tengah litar tersebut.
Dia bagaimanapun disahkan tidak mengalami kecederaan parah walaupun terpaksa direhatkan buat sementara waktu.
#Alejandro Medina #Cuba #GP San Marino #Hafizh Syahrin #kemalangan #Moto2 #MotoGP #Openbank Aspar Team