Al-Nassr tunda perlawanan akibat bekalan elektrik

Astro Arena
Januari 6, 2023 11:15 MYT
Kenyataan di akaun rasmi kelab Al-Nassr mengesahkan berita itu lebih kurang dua jam sebelum sepak mula pada pukul 6 petang waktu tempatan. - Foto Astro ARENA
KELAB baharu Cristiano Ronaldo, Al-Nassr, terpaksa membatalkan perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al Tai, malam tadi, berikutan cuaca buruk hingga menjejaskan bekalan elektrik di stadium.
Pemilik lima Ballon d'Or itu diperkenalkan oleh Al-Nassr, Selasa lalu, selepas menandatangani perjanjian lumayan selama dua setengah tahun bersama kelab Arab Saudi berkenaan.
Disebabkan penggantungan domestik dua perlawanan ketika bersama bekas pasukan Manchester United, Ronaldo dijangka tidak akan membuat penampilan sulung menentang Al Tai.
Mereka yang berkumpul di Stadium Universiti King Saud itu kemudian terpaksa menangguhkan hajat mereka berikutan perlawanan terpaksa ditunda dalam tempoh 24 jam.
Kenyataan di akaun rasmi kelab mengesahkan berita itu lebih kurang dua jam sebelum sepak mula pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Due to heavy rain and weather conditions impacting the stadiums electricity, we have been officially informed that tonights match against Al Ta'i is postponed for 24 hours. We apologise for any inconvenience caused to fans and wish everyone safe travels. https://t.co/TKIOQK8Oqo

— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Disebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca yang menjejaskan bekalan elektrik di stadium, kami ingin memaklumkan perlawanan menentang Al Tai pada malam ini perlu ditangguhkan selama 24 jam,” menurut satu kenyataan.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada peminat dan berharap semua orang selamat dalam perjalanan."
Susulan perlawanan yang disusun semula Jumaat menentang Al Tai dengan lawatan ke Al Shabab minggu depan, Ronaldo dijangka akan membuat penampilan sulung ketika berdepan Al Ettifaq pada 21 Januari depan.
#cuaca buruk #Cristiano Ronaldo #Al-Nassr #perlawanan dibatalkan
;