Al-Ittihad pecat Marcelo Gallardo
Agensi
Julai 2, 2024 06:50 MYT
Julai 2, 2024 06:50 MYT
PENGURUS Al-Ittihad, Marcelo Gallardo, telah dipecat, umum kelab Liga Pro Saudi itu pada Selasa.
"Hari ini, kelab Al-Ittihad telah menamatkan kontrak dengan ketua jurulatih Marcelo Gallardo," kata kelab yang menampilkan penyerang Perancis, Karim Benzema itu di media sosialnya.
Gallardo kelahiran Argentina yang berusia 48 tahun menggantikan Nuno Espirito Santo pada November lalu selepas prestasi buruk kelab berkenaan, namun, tidak berjaya menghidupkan semula pasukan yang menamatkan musim di tempat kelima itu.
Al-Ittihad, yang dikaitkan dengan bekas jurulatih AC Milan Stefano Pioli menurut media tempatan, tidak akan bermain dalam Liga Juara-Juara AFC Elite atau sebarang pertandingan peringkat benua musim depan.